Salam damai semua. Seksyen forum ini dibuka bagi semua untuk bertanyakan/berkongsikan apa sahaja mengenai iman Katolik kita.
Selalunya orang akan bertanya:
-kenapa kita buat tanda salib,
-kenapa kita sembahyang kepada Bonda Maria,
-kenapa kita merayakan Ekaristi,
-kenapa kita membuat pengakuan dosa kepada paderi,
-kenapa mau sambut Good Friday, dll.
Kebanyakan umat Katolik sekarang tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan-soalan seperti di atas. Ada baiknya jika kita boleh berkongsi pengetahuan antara sesama kita.
Soalan-soalan daripada para pengguna forum amat dialu-alukan. Para pengguna forum yang lain boleh turut serta menjawab. Hantarkan sahaja ke forum ini jika anda mempunyai persoalan mengenai iman kita. (Kalau mau hantar soalan dalam Bahasa Inggeris pun boleh. Nanti kami boleh tolong translate..
)
P.S. Forum ini tidak bertujuan untuk menyinggung atau atau memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai agama/kepercayaan/denominasi yang lain.
Pax..